Cari Blog Ini

Ibu Remaja OKU Diikat Jamin Oleh Wakil Syarikat Tempatnya Bekerja


[gambar fail]
[sinar]- Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.

Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.

Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali sebagai Lola.

Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.

Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan) dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.