Cari Blog Ini

Gambar & Video Rakyat Tempatan Ditetak Oleh PATI, Di Keningau Sarawak !.......Tersebar


Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.

   


Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.


Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.


Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .

Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum.

Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh.

- MYNEWSHUB.MY

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.