Cari Blog Ini

Gambar Ibu Remaja OKU Yang Malang, Tersebar


Ibu Remaja OKU Dikecam dalam FB
Penemuan remaja OKU malang dan menyedihkan seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini tersebar pula gambar dipercayai ibu remaja berkenaan dikongsi secara meluas di internet.

Ia disebabkan kemarahan orang ramai akibat penderitaan yang dialami mangsa kerana dibiarkan sedemikian.

Dia mendapat kecaman setelah berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anak sendiri dengan mengurung dan membiarkannya menderita bergelumang dengan tanah dan najis.

Akaun FB yang menggunakan nama ‘Imashima Lola‘ dengan gambar profil ‘selfie’ wanita memakai tudung merah milik wanita tersebut juga tersebar.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Remaja berkenaan dikatakan bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15, gambarnya dimuat naik pada September 2013 lalu.

Gambar berbeza Muhammad Firdaus Dullah dengan corak fabrik kusyen yang sama boleh dilihat.

Tanya juga di mana bapa Muhammad Firdaus yang membiarkan Imashima sendirian menghadapinya. - ekeleh

OKU_ImaShima_Lola2

 * Wajah Ketika Sihat Remaja OKU Yang Ditemui Di Nilai, Tersebar


                                     Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB 

[mstar]- Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.

Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.

Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.

Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.

Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.

Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu.

Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.

Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.