Cari Blog Ini

Coklat Cadbury, Jakim Sendiri Ragu-Ragu ?



[kd]- Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim menyifatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri tidak yakin dengan status coklat Cadbury yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Ia katanya sekaligus mencacatkan kredibiliti Jakim berikutan tindakan pegawainya yang enggan menjamah coklat berkenaan dalam satu majlis yang diadakan 15 Jun lalu.

“Jakim keluarkan hukum halal, tapi tak mampu terjemahkan dalam bentuk tindakan, automatik kredibilitinya menjadi cacat sebab nampak yang mereka sendiri ragu-ragu dan tidak yakin dengan hukum yang mereka keluarkan sendiri,

“Tiada apa-apa makna kalau hanya Blogger sahaja yang makan coklat tersebut, tapi kalau Jakim tak makan, mereka sendiri tak yakin, macam mana rakyat nak yakin dengan jaminan mereka?” soalnya ketika dihubungi.

Dalam program diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’ itu, hanya Blogger sahaja yang menjamah coklat tersebut, sementara Pegawai Jakim yang hadir enggan menjamahnya malah beredar dari situ.

Dikatakan program tersebut diadakan bagi mempertahankan status halal produk berkenaan yang dianjurkan oleh portal myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS).

“Sepatutnya kedua-dua perkara, iaitu hukum dan kehendak itu kena selari, baru rakyat akan percaya dengan hukum yang dikeluarkan oleh Jakim.

“Jakim sebagai pengurus hal ehwal Islam perlu bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam, tentang suatu produk yang dikeluarkan, bukan dah berapa lama baru keluarkan tanda halal, tiba-tiba haram dan kemudian halal kembali.

Tolong jangan berdolak-dalik dalam isu yang sangat sensitif kepada umat Islam seperti ini.” ujarnya.

[Panas] Hanya Blogger Macai Makan Coklat Cadbury, Pegawai JAKIM Enggan Makan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.