Cari Blog Ini

Akta Hasutan : Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Akan Didakwa


Presiden Isma didakwa pagi ini

[sinar]- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang pagi ini.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.

Dalam satu kenyataan semalam. Abdullah berkata, beliau menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah.

Beliau diwakili oleh Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid dari Lokman Reena & Co.

Dalam kenyataan bertarikh 6 Mei lalu, Abdullah berkata, orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Isnin lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, siasatan kes berhubung kenyataan Presiden Isma itu telah selesai dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.


                                    Presiden Isma mengaku tidak bersalah

[sinar]- Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap tuduhan mengeluar kenyataan menghasut 6 Mei lalu.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net, sebelum ini.

Dalam kenyataan bertarikh 6 Mei lalu, Abdullah berkata, orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.