Cari Blog Ini

Wanita MCA Lancar Kempen Tolak Hudud, Mana Suara NGO ISMA ?


Wanita MCA lancar kempen tolak hudud
[sinar]- Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.

“Ia selaras dengan penubuhan negara sejak kemerdekaan yang mengutamakan konsep intergrasi perkauman dan bukan asimilasi.

Perpaduan harus diutamakan demi keharmonian terutama negara kita yang mempunyai bangsa yang majmuk.

“Wanita MCA bertekad untuk memelihara masyarakat negara yang bersepadu dan aman damai demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA di sini, hari ini.

Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong kempen terbabit terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan kesatuan wanita.


Ulasan :-

MCA tolak Hudud mana suara ISMA ?, Bila orang kata ISMA ni pertubuhan pengampu UMNO BN marah, Bila MCA, GERAKAN hina Hudud diam Seribu Bahasa.!

Hakikatnya bukan takat MCA, GERAKAN menolak Hudud, malah melancarkan kempen tolak hudud pula, Lepas ni ada tak suara ISMA keluar kenyataan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.