Cari Blog Ini

[Video] MH370 : Lagi Dakwaan Menyatakan Pesawat Terhempas Di Laut Cina Selatan



Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.

Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.

Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sokong laporan bekas juruterbang AS

Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar.

Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi.

Akers, sebelum ini pernah membuat kajian di perairan Australia di Perth selama bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua, HMAS Sydney.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney yang karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat.

Akers telah mencari pesawat yang hilang dengan memproses data dari imej-imej satelit dari Landsat 7 - satelit fotografi utama NASA dan asas bagi Google Earth.

Akers pernah berjaya di dalam kajian-kajiannya. Pada bulan Ogos 2006 Encik Akers pernah mendedahkan di akhbar tempatan di Wetherby, North Yorkshire, bahawa beliau telah menemui HMAS Sydney - walaupun kerajaan dan pencarian antarabangsa telah menghabiskan masa 60 tahun untuk tujuan berkenaan.

Dakwaannya itu disahkan pada Mac 2008 apabila bangkai pesawat tersebut ditemui oleh ahli sains marin Amerika David Mearns berhampiran dengan lokasi yang sama Akers telah ramalkan di luar pantai Australia.


Akers berkata beliau menggunakan kaedah penggabungan imej dari bahagian yang berlainan di spektrum cahaya. 


Menggunakan perisian yang beliau bangunkan sendiri beliau berkata beliau dapat melihat 75 kaki di bawah bumi dan 10,000 kaki di bawah laut.

Encik Akers telah menerbitkan dakwaannnya itu di tapak web miliknya australias-titanic.com. -
greenboc

                   


                                            Misi mencari di landasan betul

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin (gambar) memaklumkan misi pencarian MH370 kini berada di landasan yang betul selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), sebenar tadi.

Menurutnya, cabaran dalam misi pencarian itu begitu besar sekali gus menarik ramai pakar dari seluruh dunia datang membantu.

"Saya akan pergi ke Canberra, Australia Ahad ini untuk berbincang dengan pihak negara itu dan kerajaan China mengenai penggunaan aset, ahli keluarga dan mendapatkan nasihat daripada pakar seluruh dunia berhubung misi ini.

"Saya yakin dengan adanya kerjasama ini kita berada di landasan yang betul dalam usaha misi mencari MH370, " katanya, pada sidang media di Hotel Royale Chulan, di sini, sebentar tadi.

Katanya, apa yang perlu dilakukan adalah fokus sepenuhnya terhadap misi yang mencabar ini.

Sementara itu, Ketua JACC Augus Houston berkata, pihaknya memberi nasihat berkenaan perkara yang perlu dilakukan ketika ini.

"Perbincangan sangat penting untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Perbincangan hari ini termasuk membabitkan misi pencarian laut dalam yang sangat mencabar termasuklah penggunaan aset, masalah cuaca dan lokasi pencarian, " katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan sebuah syarikat yang mendakwa serpihan MH370 sudah ditemui, Houston berkata, pihaknya sudah menghantar sebuah kapal untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada serpihan yang ditemui itu ada kaitan dengan MH370 atau sebaliknya.

Sementara itu, Penasihat Biro Khas Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA), Jean Paul Troadec, berkata, pihaknya dalam perbincangan berhubung alat keselamatan yang perlu diletakkan dalam pesawat komersial seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

"Banyak cabaran perlu dihadapai dalam misi pencarian berikutan lokasi tertumpu pada laut dalam dan perlukan masa yang mencukupi, " katanya. - hmetro

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.