Cari Blog Ini

Ugut Pecat Penjawat Awam : Selepas Dibelasah Oleh Ketua Pemuda GERAKAN, Ali Hamsa Dibelasah Pula Oleh PAS


Pecat penjawat awam: Kenyataan Ali Hamsa tidak berasas

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengugut memecat penjawat awam yang hadir pada himpunan 1 Mei seperti 'hilang akal' dan tidak berasas.
 
Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, kehadiran penjawat awam pada perhimpunan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan kerajaan kerana tidak mendengar keluhan rakyat terutama dalam pelaksanaan  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Mereka yang hadir pada perhimpunan itu ketika cuti umum dan tidak menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Kalau mereka datang sewaktu bekerja dan meninggalkan tugas yang diberikan itu boleh dikatakan salah, tetapi ini di waktu cuti dan hak mereka untuk hadir," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya sedar apabila penjawat awam bangkit berhimpun dan menentang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah kerana ketidakpuashatian terhadap dasar tersebut.

"Sebelum ini penjawat awam tidak berani untuk berhimpun tunjuk perasaan, tetapi sekarang tidak lagi.

"Sekarang kita dapat lihat bagaimana guru-guru bangkit menentang pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang bagi mereka terlau banyak masalah timbul dari sistem tersebut.

"Kerajaan harus sedar dan melihat kembali dasar-dasar yang mereka cadangkan, rakyat bangkit bila ia menekan kehidupan mereka terutamanya GST yang secara terang mengambil duit mereka," sambungnya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bukan penjawat awam yang harus dikenakan tindakan tetapi kerajaan BN kerana gagal membela nasib rakyat bawahan.

                    

* Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perhimpunan GST, Bakal Di Pecat !
Ugut Penjawat Awam : Ali Hamsa Dikecam Hebat & Wajar Dipecat Sebagai KSN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.