Cari Blog Ini

Tiada Laporan Penjawat Awam Sertai Himpunan Bantah GST



[sinar]- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menerima sebarang laporan adanya penjawat awam menyertai Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Khamis lalu.

Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, sekiranya didapati terlibat, tindakan tatatertib boleh dikenakan kerana melanggar aku janji dan ikrar perkhidmatan.

Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam lebih rasional dalam tindakan mereka supaya tidak memberi kesan negatif kepada pekerjaan dan rakan setugas lain.

Menurutnya, tindakan segelintir penjawat awam menyokong pembangkang sebenarnya secara tidak langsung menafikan hak-hak penjawat awam yang sepatutnya menyokong usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

“Namun, berhubung himpunan Khamis lalu, setakat ini kita belum terima laporan adanya penjawat awam terlibat dan diharapkan ia tidak berlaku.

Kalau ada perkara tidak berpuas hati, salurkan melalui Cuepacs kerana kita akan ajukan kepada Perdana Menteri.

“Malah, selama ini banyak tuntutan daripada Cuepacs  diambil tindakan. Berhimpun hanya memberikan persepsi negatif kepada kerajaan, malah ia  tidak menguntungkan penjawat awam sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Cawangan Terengganu Kali Ke-15 Bagi Tempoh 2014-2017, di sini, semalam.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Talaha Ali.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.