Cari Blog Ini

Tetap Laksana GST, Umno BN Sangat Terdesak, Hutang Negara Sudah Mencecah RM543.8 Bilion !



Keangkuhan Kerajaan Pusat untuk terus melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 walaupun ditentang ramai membuktikan mereka kian terdesak untuk mengurangkan hutang negara yang semakin parah.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan lain ekoran hutang negara sudah mencecah 48.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM543.8 bilion setakat ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam bentuk ‘contingent liability’ RM163 bilion.

“Ini bermakna kalau mana-mana pihak GLC yang gagal melaksanakan sesuatu projek atau perbelanjaan diluar bajet (off-budget spending) contohnya projek Mass Rapid Transit (MRT) yang tidak mampu membayar pinjaman bon mereka, maka itu semua akan ditanggung kerajaan.

“Selain itu, defisit fiskal juga sudah berterusan selama 16 tahun, maka BN berpendapat GST adalah cara paling cepat dan terjamin untuk mendapat sumber hasil baru,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Media milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya GST tidak dilaksanakan, pada 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata GST tetap dilaksanakan tanpa sebarang keraguan selepas kerajaan mengambil kira semua faktor berkaitan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat kerana dengan kadar enam peratus, Malaysia menjadi antara lapan daripada 161 negara yang mengenakan kadar GST terendah apabila ia dilaksanakan kelak.

Dr Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, berkata BN mengambil pendekatan untuk menguatkuasakan GST berikutan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum ini dianggap tidak efisyen dan tidak menguntungkan pihak kerajaan.

“GST beri pungutan yang lumayan dan lebih efisyen di mana tahunan pertama anggaran tambahan (hasil GST) adalah RM5 bilion.

“Mereka (BN) tidak takut kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lambat lagi, nanti sudah dekat mereka boleh tambah sahaja pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ke paras RM1200 atau RM100 sebulan bagi meredakan kemarahan rakyat,” katanya. - selangorkini

GST : Kerajaan Umno BN Tidak Peduli Bantahan Rakyat, Tetap Laksanakan GST, Ini Buktinya.......
* Kajian : 62 Peratus Tolak GST

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.