Cari Blog Ini

Tarif Elektrik Naik Tapi Kualiti Menurun, 'Bekalan Elektrik Putus Di Beberapa Negeri'


“Tarif elektrik naik, tapi kualiti menurun”
Meskipun kadar elektrik dinaikkan sebanyak 4.99 sen atau 14.89 peratus mulai 1 Januari 2014, malangnya kualiti perkhidmatan oleh syarikat pengendali, Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menurun.
 
Justeru pengerusi Biro Pengguna KEADILAN Yahya Sahri mendesak kerajaan BN dan TNB bertanggungjawab menyelesaikan isu bekalan elektrik yang terputus di beberapa buah negeri.

“Ini kena batang hidung sendiri. Dulu cakap KEADILAN tak boleh urus itu dan ini. Sekarang BN lebih teruk pengurusannya.

“BN pun tak boleh nak urus isu yang melibatkan bekalan elektrik terputus. Bukan setakat tak urus, nak bagi maklum balas pun lambat,” kata Yahya kepada Keadilandaily.

Tambah Yahya (gambar), sebelum ini Selangor di bawah pentdabiran Pakatan Rakyat berhadapan masalah air dan ia dijelaskan kepada rakyat, tetapi isu bekalan elektrik terputus ini masih belum mendapat maklum balas dari kerajaan dan TNB.

“Dulu isu air, BN terus hentam KEADILAN. Cakap tak pandai nak urus negeri, tak pandai jaga kebajikan rakyat.

“Sekarang bekalan elektrik terputus, pengguna terabai dan tidak mendapat penjelasan dari TNB.
“Bukan sahaja tak ada air rakyat susah, tak ada eletrik pun susah.

“Bukan satu negeri tak ada elektrik, ada tiga negeri tak ada elektrik. Ini lebih menyusahkan rakyat,” katanya.


                                        Bekalan elektrik putus di beberapa negeri

[mk]- Puluhan pelanggan Tenaga Nasional Bhd membanjiri laman Facebook syarikat utiliti tersebut untuk mengadu mengenai masalah bekalan elektrik yang terputus di kawasan mereka sejak petang ini.

Pengguna laman sosial tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat, Muar (Johor).

Ada di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB.

“Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi sibuk,” kata seorang pengguna bernama Redza Blade.

Sementara itu, seorang jurucakap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata syarikat utiliti tersebut akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini.

TNB di laman berkenaan memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan.

“Terdapat gangguan bekalan di dikawasan berikut dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami.

“Pihak kami juga akan maklumkan situasi pemulihan ini dari masa ke semasa. Disebabkan gangguan ini, talian kami 15454 adalah agak sibuk dengan panggilan dari pengguna,” kenyataan itu dipetik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.