Cari Blog Ini

Selepas Obama Pulang, 11 Didakwa Militan Ditangkap



Sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pulang, yang paling ketara berlaku di Malaysia adalah penangkapan 11 orang yang dikatakan terlibat dengan kumpulan militan dan  bertanggungjawab merancang keganasan.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis Asmawati Ahmad, tangkapan yang dibuat minggu lepas itu tidak ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370, lapor CNN.

"Tangkapan ini dikaitkan dengan kegiataan keganasan di luar negara. Polis juga merancang untuk menangkap beberapa lagi suspek sebagai langkah pencegahan," kata Asmawati sebagaimana dilaporkan oleh CNN.

Tangkapan dibuat di Shah Alam, Selangor dan juga di Kedah, negeri yang bersempadan dengan Thailand.

Obama berkunjung ke Malaysia pada 26 April lepas dan kemudiannya berlepas ke Filipina pada 28 April.

Dalam kunjungan itu, Obama banyak mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak dapat dipastikan jika Obama mempunyai kaitan dengan tangkapan mereka yang didakwa sebagai militan itu.

Sementara itu, menurut sumber yang lain, mereka yang ditangkap terlibat dengan usaha membantu umat Islam yang kini berperang di Syria.

"Mereka ini adalah rakyat Malaysia yang sedang dilatih untuk membantu saudara mereka di Syria yang dikatakan berperang ekoran perbezaan mazhab," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Umat Islam di Syria berpecah antara penyokong presiden Bashar Al-Assad dengan sebahagian rakyatnya yang cuba menjatuhkan beliau.

Kedua-dua pihak mendapat sokongan kuasa luar, termasuk Iran dan Rusia yang menyokong Bashar dan Amerika serta Israel yang menyokong usaha untuk menjatuhkannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.