Cari Blog Ini

Sabah Diceroboh Lagi, Lelaki Bersenjata Rifel M-16 Curi Enjin Nelayan Dekat Lahad Datu


Empat Lelaki Bersenjata Larikan Enjin Nelayan Dekat Lahad Datu [gambar fail]
[mstar]- Empat lelaki bersenjata yang berpakaian ala tentera terlibat dalam kejadian rompakan di perairan Tanjung Labian, kira-kira 135 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Difahamkan kumpulan tersebut yang disyaki sebagai lanun dipercayai memiliki sekurang-kurangnya tiga pucuk rifel M-16, merompak empat nelayan dengan melarikan tiga enjin bot sangkut, dua enjin 15 kuasa kuda dan satu enjin bot pam dekat Sungai Bilis kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Seorang pegawai polis dari unit peronda pesisir pantai terserempak dengan sekumpulan nelayan yang mendayung kembali ke pantai kira-kira pukul 1 pagi Isnin.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu. Ia merupakan kes rompakan ketiga secara berasingan di laut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan insiden itu tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.

Difahamkan pegawai kanan Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan polis sedang menyiasat sekiranya sekumpulan lanun itu adalah penduduk tempatan atau warga asing.

Agensi keselamatan telah mempertingkatkan kawalan di kawasan terbabit dalam usaha menjejaki lanun-lanun tersebut yang mungkin berada di sempadan perairan negara.

Tanjung Labian termasuk Sungai Bilis merupakan pusat operasi pasukan keselamatan Malaysia untuk mengusir lelaki bersenjata Sulu yang cuba memasuki kawasan tersebut berikutan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lalu.


                            Lokasi Sebenar Insiden Rompakan Masih Disiasat 

Lokasi sebenar kejadian insiden rompakan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang didakwa berlaku di perairan Tanjung Labian, dekat sini masih dalam siasatan, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Mohammad Mentek.

"Kita perlu menyiasat sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di perairan negara kita atau di perairan negara jiran," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Beliau yang mengesahkan kejadian rompakan yang berlaku malam semalam itu berkata pihak keselamatan negara masih menyiasat jenis senjata yang digunakan dan siapa yang bertanggungjawab melakukan rompakan itu.

Difahamkan dalam kejadian itu sekumpulan nelayan mendakwa sekumpulan lelaki telah merompak dan melarikan enjin bot sangkut mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.