Cari Blog Ini

Presiden Cuepacs Biadap !, Gelar Penjawat Awam Sertai Perhimpunan Bantah GST Sebagai Pengkhianat



PAS menganggap kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa ahlinya yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam sebagai 'pengkhianat' adalah tidak wajar.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata mereka yang menyertai perhimpunan semalam itu bukannya menentang kerajaan tetapi sebalik meminta supaya cukai baru itu tidak dilaksanakan kerana akan membebankan rakyat.

Semalam, Presiden CUEPACS, Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.



     Label penjawat awam sertai himpunan GST pengkhianat tindakan melampau

Dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahawa penjawat awam yang menyertai Himpunan 1 Mei semalam sebagai pengkhianat adalah tindakan melampau dan keterlaluan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kakitangan awam tidak sepatutnya dihalang untuk menyertai perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mereka juga mempunyai hak untuk bersuara.

Katanya, kebebasan menyatakan pendirian masing-masing terhadap sesuatu perkara atau isu juga jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Soal kakitangan bekerja dengan kerajaan itu urusan masing-masing kerana selagi mereka bekerja dan menjalankan tugas dengan amanah dan baik itu tidak menjadi masalah.

“Cuepacs sepatutnya menyatakan kakitangan awam atau pegawai tinggi yang terbabit dengan amalan rasuah itu adalah pengkhianat, tetapi mereka tidak pernah buat.

Kita amat kecewa dengan kenyataan Cuepacs,” katanya, lapor SelangorKini.

Semalam, Pengerusi Cuepacs, Azih Muda dipetik berkata, penjawat awam yang terbabit dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Aku Janji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat.

Beliau turut menganggap penjawat awam yang menyertai himpunan itu sebagai pengkhianat dan boleh keluar daripada menjadi penjawat awam.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilapor berkata, penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan semalam akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, pihaknya turut menyanjung tinggi keberanian penjawat awam yang turun ke jalanan bagi menyatakan hasrat dan pendirian mereka terhadap GST yang jelas menindas serta membebankan rakyat daripada sudut kos sara hidup.

Kerajaan katanya perlu mempunyai alternatif lain untuk membantu rakyat menjana pendapatan tambahan jika mereka memang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat, bukan sekadar mendengar sahaja.


Penjawat awam sertai Bantah GST dianggap pengkhianat - CUEPACS
Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam.

Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.

"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.

Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.

"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga.

Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.

- Bernama

                   
                   

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bantah,bantah GST!!!!
Bantah,bantah GST!!!!
Cukai yang memiskinkan rakyat!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.