Cari Blog Ini

[Panas] Kerana Kuat Melalak, Ibrahim Ali Dinasihatkan Jumpa Pakar Psikatri


Saifuddin nasihat Ibrahim Ali jumpa pakar psikatri

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution menasihatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Ibrahim Ali berjumpa pakar psikatri kerana bimbang dengan keadaan mental bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.

Saifuddin berkata demikian merujuk kenyataan Ibrahim 2 Mei lalu yang menyatakan akan membuat kenduri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

‘Itu jelas menunjukkan Ibrahim seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran cetek serta hati yang busuk berikutan sikapnya gemar melihat orang lain ditindas.

“Jadi saya sarankan orang seperti Ibrahim Ali jumpa pakar psikatrik,” kata Saifuddin kepada Keadilandaily.

Dalam kenyataan Ibrahim sebelum ini, beliau berkata akan menjadi orang pertama yang gembira dan bersyukur sekiranya Ketua Umum KEADILAN itu segera dimasukkan dalam penjara, malah turut akan mengadakan majlis kesyukuran untuk itu.

“Sebagai seorang yang waras, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata macam tu, apatah lagi kepada orang yang fitnah dan dizalimi.

“Kenyataan itu menunjukkan dia mempunyai hati yang sakit, gembira melihat penderitaan orang lain,” kata Saifuddin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.