Cari Blog Ini

[Panas] Gelar Muslimat Bantah GST 'Pelacur', Ustaz Asri Belasah Ulama Muda Umno Yang Biadap



[hd]- Heboh di laman facebook apabila para pengunjung mengecam tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan muslimat yang turun ke Himpunan Bantah GST Khamis lalu sebagai 'pelacur'.

Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu iaitu sehari selepas puluhan ribu berhimpun di Dataran Merdeka di ibu negara, Mohd Radzi antara lain menulis;

 "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya".

"Muslimah tudung labuh yang kali demonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan".

"Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"

Biarpun ada pengguna yang cuba menegur beliau dalam ruangan komen entri-entri tersebut, beliau bagaimanapun tidak mahu berganjak dengan tuduhan itu.

Malah beliau menyifatkan orang terasa dengan kritikan beliau itu sebagai 'jahil budaya'.

"Hakikat nya mereka ini jahil budaya Melayu walau mereka ini bangsa Melayu," katanya.

Sementara itu Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya.


Asri bantah ulama muda Umno katakan Muslimah bantah GST pelacur kelas atasan

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno  yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan  ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.

Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.

"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.

Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.

"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab," kata Mohd Asri.

Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.

"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.

"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.

Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya" yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.

Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.

"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.

Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.

"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah," katanya.

Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.

Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.

"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.

1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.