Cari Blog Ini

'Orang Tengah' Sepasang Kekasih Ditahan Kerana Disyaki Menipu Mereka Yang Berminat Untuk Menjadi Anggota Polis Dan Kastam


[gambar fail]
Sepasang kekasih ditahan kerana disyaki menipu mereka yang berminat untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Lelaki berumur 28 tahun ditahan di Tanjung Rambutan di sini, pada 29 April lepas manakala pasangannya berusia 23 tahun yang merupakan suspek utama kes itu ditahan pada pukul 7 malam tadi di Jinjang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintenden Maszely Minhad berkata mereka terlibat dalam 10 kes penipuan itu di Perak sementara satu lagi kes di Nibong Tebal, sejak April lepas.

"Lelaki itu ditahan di sebuah rumah kerana dipercayai bersubahat dengan teman wanitanya, namun ketika serbuan wanita itu berjaya melarikan diri," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah wang yang ditipu daripada mereka yang memohon ingin menjadi anggota polis ialah RM33,000 dan daripada mereka yang memohon untuk menjadi anggota kastam ialah RM7,500.

Beliau berkata suspek menipu mangsa kononnya mereka adalah orang tengah yang boleh membantu kemasukan ke dalam perkhidmatan polis dan kastam dengan menunjukkan borang kemasukan dalam dua pasukan itu untuk meyakinkan mangsa-mangsa.

 Mangsa diperdaya dengan membuat pembayaran, untuk perkhidmatan polis, mangsa diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 manakala bagi kastam (antara) RM2,000 hingga RM3,500," katanya.

Katanya mangsa menyedari mereka ditipu apabila suspek melarikan diri dan
gagal dihubungi.

Maszely berkata wanita itu merupakan bekas anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan telah dipecat pada November lepas.

Wanita itu telah didakwa di mahkamah pada bulan lepas kerana kes penipuan yang sama dan mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 tetapi dia telah melakukan penipuan yang baharu semasa dalam jaminan, katanya.

Katanya wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin berkhidmat dalam pasukan itu, supaya membuat permohonan melalui saluran yang betul.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.