Cari Blog Ini

MH370 : Pakar Siasatan Forensik Mendakwa Rakaman Audio Disunting Terlebih Dahulu, Sebelum Didedah Kepada Umum !


MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?
[sinar]- PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.


                             Bagaimana rakaman audio MH370 diubahsuai ?

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan bagaimana rakaman audio diubahsuai dengan sengaja dan yang terlibat menghapuskan bukti data maklumat mengenai MH370.
 
Ini berikutan dakwaan dalam laporan pakar audio-video, Ed Primeau yang mengatakan bahawa bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal kerana menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

“Rakaman audio disunting dahulu dan bagaimana ini boleh berlaku, siapa orangnya dan apa motif sebenar mereka mahu menyembunyikan data maklumat sebenar mengenai MH370 itu.

“Ini perkara serius bahawa audio ini diubahsuai dengan sengaja orang tertentu atas sebab yang tertentu,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Surendran yang juga ahli parlimen Padang Serai berkata, kerajaan perlu menyiasat secara terperinci kerana ini perkara serius dan beliau mahu penjelasan kukuh dari kerajaan.

“Saya mahu kerajaan buat siasatan penuh atas isu yang berlaku ini, dan siasatan perlu dijalankan dengan kadar segera.

“Kerajaan perlu peka atas maklumat yang telah ditimbulkan ini, jangan main-main, dan tolong jangan berdiam diri sahaja.

“Rakyat mahu penjelasan yang sahih, bagaiamana perkara ini boleh berlaku, jangan kecewakan rakyat sebab sebelum ini kehilangan MH370 pun tak dapat tangani sampai sekarang,” jelasnya.

NBC News pada 4 Mei lalu melaporkan kenyataan pakar forensik audio video Ed Primeau dari Forensik Primeau, Michigan, AS, berkatam ada empat jarak kosong terdengar sangat jelas yang menunjukkan bahwa rakaman telah disunting.

Kata Ed, pada sekitar minit ke 01.41, terdengar suara seperti seseorang seperti memegang perakam digital dan mendekatkannya ke speaker.

Dalam laporan yang sama, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson menyatakan bahawa data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja.

Kata Kent, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti dan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi mendapatkan bukti terbaru.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.