Cari Blog Ini

MH370 : Misteri 2.3 Tan Kargo



[mstar]- Bateri ion litium kembali mencetuskan kontroversi di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menurut NNR Global Logistics (Malaysia) Sdn Bhd di Batu Maung, berat bateri tersebut hanya merangkumi sebahagian kecil daripada berat keseluruhan barangan penghantaran kargo iaitu 2.453 tan.

Berat bateri adalah kurang daripada 200 kilogram (kg), kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak boleh menyatakan mengenai baki 2.253 tan kargo lagi.

"Saya tidak boleh mendedahkan dengan lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

"Kami diberitahu oleh penasihat undang-undang supaya tidak bercakap mengenainya, " katanya.

Katanya lagi, beliau juga tidak boleh menamakan syarikat pengeluar bateri tersebut kerana ia adalah rahsia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya juga mengumumkan pada 24 Mac lalu bahawa 200kg bateri litium berada dalam MH370.

Malah beliau mengesahkan bateri tersebut dibungkus dengan selamat.

Sementara itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, MAS berkata baki konsainan dalam MH370 adalah aksesori radio dan pengecas.

Namun maklumat ini tidak didedahkan sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, MAS memperjelas bahawa kira-kira dua tan, bersamaan dengan 2,453 kilogram kargo, diisytihar sebagai 'consolidated under one (1) Master Airway Bill (AWB).

"Master AWB ini sebenarnya mengandungi 5 house AWB. Daripada 5 AWB ini, dua house AWB mengandungi bateri litium ion dengan jumlah berat 221 kilogram.

"Baki 3 house AWB lagi, seberat 2,232 kilogram, diisytihar sebagai aksesori radio dan alat pengecas," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun menerusi laporan awal mengenai MH370 yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan bahawa NNR Global menghantar 133 barang iaitu seberat 1.99 tan setiap satu dan 67 barang lagi seberat 463kg menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 2.453 tan.

Kesemua barangan itu mengandungi arahan supaya dikendalikan dengan cermat kerana dilabel sebagai bahan mudah terbakar.

Keadaan itu menjadi punca kepada banyak teori mengenai misteri kehilangan peswat berkenaan.

Kos penghantaran kesemua konsainan adalah RM32,082,48.

NNR Global terletak di Dis3plex Zon Perdagangan Bebas di Kompleks Kargo Udara iaitu kurang daripada 100 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Kompleks ini dijaga oleh polis dan hanya mereka yang mempunyai pas dibenarkan masuk.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kapal terbang yang hilang itu membawa bateri ion litium dan 4.566 tan manggis.

Laporan awal kehilangan MH370 mendedahkan bahawa bateri ion litium itu merupakan daripada NNR Global.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.