Cari Blog Ini

Melaka Membazir Wang Rakyat Lagi, Planetarium Melaka Rugi !


khoo poay tiongPlanetarium Melaka rugi, dakwa DAP

[fmt]- Planetarium Melaka yang dibuka sejak empat tahun lepas beroperasi dalam kerugian dan DAP Melaka mencadangkan Planetarium Melaka Sendirian Berhad (MPSB yang menguruskannya) wajar ditutup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong  berkata, menerusi penyata pendapatan yang berakhir 31 Disember 2013, jumlah kerugian terkumpul ialah RM424, 342.

Khoo berkata PMSB yang siap dibina pada Ogos 2009 dengan kos RM20 juta, bergantung hasil pendapatan dari jualan tiket pengunjung.  

Walaubagaimanapun Planetarium Melaka gagal mendapat sambutan, “Pada mulanya kerajaan negeri menyasarkan kutipan RM5, 000 sehari.

Tetapi apa yang berlaku Planetarium Melaka hanya mendapat kutipan sekitar RM456 hingga RM1, 850 sehari.

“Tahun pertama operasi pada 2009, jumlah kutipan sebanyak RM674, 368. Tahun kedua operasi pada 2010, jumlah kutipan merosot sedikit iaitu sebanyak RM657, 557.

“Kutipan semakin merosot pada tahun 2011 iaitu RM369, 493 dan pada tahun lepas 2013, jumlah kutipan RM329, 608.

“Kalau kita ambil kutipan tahun 2013 sebanyak RM329, 068, ternyata ianya jauh berbeza dengan kos operasi iaitu sebanyak RM615, 270.05.

“Kerugian ini terpaksa ditanggung oleh Perbadanan Ketua Menteri (Chief Minister Incoporated),” katanya.

Bantuan kewangan

melaka planeteriumKhoo berkata Perbadanan Ketua Menteri telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM477, 796.74 pada tahun 2012 dan RM465, 118.96 pada tahun 2013.

“Persoalan saya sampai bila Perbadanan Ketua Menteri hendak menanggung kerugian ini?

“Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyatakan kerajaan negeri bercadang menjual Planetarium Melaka kepada kerajaan pusat dengan harga sebanyak RM50 juta.

“Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini belum ada mana-mana kementerian yang membeli Planetarium Melaka.

“Saya bimbang jika tidak ada pihak yang sudi membeli Planetarium Melaka, ia akan menjadi satu lagi projek gajah putih,” ujar beliau.

Khoo menambah tidak ada tarikan tertentu untuk menarik pengunjung ke Planetarium Melaka.

“Saya difahamkan ada peralatan interaksi telah rosak. Tidak ada banyak bahan untuk dilihat melainkan bahan bacaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.