Cari Blog Ini

MCA Desak DAP Tinggalkan Pakatan !


DAP perlu tinggalkan Pakatan jika benar tolak hudud, kata MCA

MCA hari ini menggesa DAP meninggalkan Pakatan Rakyat untuk membuktikan parti itu benar-benar menolak hudud.

Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataan di Kuala Lumour hari ini berkata DAP hanya perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana tindakannya itu dan bukan menyuruh PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana PKR pun tidak kelihatan menolak pelaksanaan hudud.

"Kami belum nampak DAP mengambil sebarang tindakan praktikal untuk menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang persendirian, tetapi terus memburuk-burukkan MCA dalam isu ini.

"Kecewa sungguh apabila melihat kerana gilakan kuasa, DAP mengetepikan kepentingan rakyat.

"Macam mana dua set undang-undang jenayah tidak mencampuri satu sama lain sedangkan kita hidup dalam persekitaran yang sama.

Konflik mengenai penukaran agama menjadi bukti jelas betapa tiada siapa pun terkecuali daripada dua jenis kehakiman dan DAP serta PAS bersikap tidak bertangungjawab apabila mereka menipu orang ramai," katanya.

PAS Kelantan, melalui anggota parlimennya, merancang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri 1993 menjelang Disember tahun ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.