Cari Blog Ini

MAS Rugi : Kerajaan Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi Dengan Malaysia Airlines


K'jaan tak akan suntik dana selamatkan MAS
[mk]- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak akan menyuntik dana untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), yang tidak mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Gulf News melaporkan Nazri sebagai berkata bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara, yang bergelut dengan persekitaran yang kompetitif, walaupun sebelum kehilangan MH370.

"Untuk menyuntik modal baru pastinya bukan satu pilihan," katanya di pameran pelancongan di Dubai.

Laporan itu juga berkata pihak pengurusan kanan syarikat penerbangan milik negara itu, juga mungkin berdepan dengan tindakan melepaskan jawatan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.