Cari Blog Ini

Kajian : 62 Peratus Tolak GST




[mk]- Merdeka Centre hari ini mengumumkan 62 peratus rakyat Malaysia menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kini giat dikempen kerajaan.

Kajian ke atas 1,009 pengundi berdaftar mengikut komposisi kaum negara ini turut menyatakan satu dari dua responden menyatakan tidak memahami apa itu GST.

Malah jumlah yang lebih besar - 64 peratus dalam kajian yang dibuat dari 12 hingga 21 April lalu - tidak tahu perjalanan ekonomi negara ini.

"Pandangan itu lebih jelas di kalangan responden yang berlatar belakangkan pendapatan lebih rendah yang tinggal di luar bandar serta di kalangan wanita," kata hasil kajian yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre hari ini.

Kajian bebas itu turut menunjukkan 39 peratus responden “amat tidak bersetuju” dengan GST.

Sebahagian mereka mungkin menyertai himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur semalam, di mana lebih 50,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka dan mengadakan protes yang aman.

Yang mengejutkan adalah kebanyakan yang tidak bersetuju dengan kadar percukaian baru itu bukannya pelajar atau pengganggur sebaliknya peniaga.

Kajian itu menunjukkan peratusan paling tinggi yang tidak bersetuju dengan GST - 68 peratus - bekerja sendiri.

Ini berlaku walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk perisian membantu memudahkan proses pengutipan GST.

Kajian itu turut mendedahkan 53 peratus dari penjawat awam dan pekerja di syarikat berkaitan kerajaan menolak GST.


* GST : Kerajaan Umno BN Tidak Peduli Bantahan Rakyat, Tetap Laksanakan GST, Ini Buktinya........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.