Cari Blog Ini

Hudud : Khairy Minta MCA Diam


hudud khairy MCAKhairy minta MCA tutup mulut

[fmt]- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, menasihatkan supaya MCA tidak membuat sebarang kenyataan berhubung rang undang-undang hukum hudud yang akan dibawa ke parlimen oleh PAS.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA hanyalah bersandarkan dengan pelbagai andaian yang diterimanya dari banyak pihak.

“Kita sendiri masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan rang undang-undang persendirian itu yang akan dibawa ke parlimen kelak,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2014, anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Khairy turut berharap agar tida ada kata dua dari mana-mana pihak berkenaan hukum hudud.

“Umno sendiri sudah membuat keputusan untuk menerima hukum hudud yang akan dibawa oleh PAS, tetapi kini kita sedang mengkaji cara perlaksanaan yang terbaik untuk melakukannya,” katanya.

“Saya harap MCA tidak lagi membuat sebarang kenyataan dan keputusan yang terburu-buru, Hal ini kerana ia boleh mengeruhkan hubungan antara parti dalam Barisan Nasional (BN).

Dalam pada masa yang sama, Khairy turut mengulas berkenaan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR 2014.

“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya ringkas.

* Hudud : MCA Tinggalkan BN !

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.