Cari Blog Ini

Hina Wanita Bertudung Labuh : Desak Bubar Ulama Muda Umno


Celupar hina wanita bertudung: Bubar sahaja ulama muda Umno

[hd]- Kenyataan menyamakan wanita bertudung yang menyertai Himpunan Bantah 501, di Dataran Merdeka, Khamis lalu sebagai pelacur adalah biadab, menghina dan hilang akal, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha Majlis Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman @ Abu Amru itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang waras.

Apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu, jelas beliau hanya menyuarakan penentangan terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina wanita Islam yang bertudung labuh.

"Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama yang digunakan oleh mereka," ujar Nasaie.

Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari Naib Ketua Pemuda Umno,  Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.

Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno, namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada organisasi tersebut.

Sehubungan itu, Nasaei menuntut Mohd Radzi memohon maaf secara terbuka dan  menarik balik kenyataan buruknya.

"Pemuda PAS menyanjung tinggi wanita-wanita yang turun ke Dataran Merdeka dalam himpunan Khamis lalu dan mereka adalah wanita mulia yang sanggup berkorban demi masa depan Malaysia.

"Perjuangan mereka menentang GST mesti diberi penghargaan, bukan dihina dengan gelaran buruk seperti dilakukan ulama muda Umno tersebut," katanya.


* Muslimah Bertudung Labuh Menyertai Himpunan Membantah GST 'Pelacur' : Selepas Ustaz Asri Belasah Ulama Muda Umno, Kini Giliran Muslimat PAS Belasah Ulama Muda Umno
* [Panas] Gelar Muslimat Bantah GST 'Pelacur', Ustaz Asri Belasah Ulama Muda Umno Yang Biadap

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.