Cari Blog Ini

GST : Kerajaan Umno BN Tidak Peduli Bantahan Rakyat, Tetap Laksanakan GST, Ini Buktinya........



Kehadiran ramai orang Melayu pada himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) semalam, seperti didakwa pemimpin BN semalam adalah bukti golongan masyarakat itu masih miskin dan cukup terkesan dengan pelaksanaan cukai itu kelak.


             Bantah atau tidak, kerajaan tetap laksanakan GST - Ahmad Maslan

Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah CBP sebagai tidak wajar, Ahmad berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

CBP yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata CBP bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Kadar CBP yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia, katanya.

"Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan", katanya.

Terdahulu Ahmad menyampaikan cek contoh bernilai RM750,000 oleh Bank Simpanan Malaysia (BSN) selaku penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kepada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

- Bernama

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.