Cari Blog Ini

[Gempar] Kes Terbaru Culik Bersenjata Di Sabah : Kejadian Penculikan Kedua Tahun Ini


Kes terbaru culik bersenjata di Sabah, pengurus syarikat diculik di Lahad Datu
Satu lagi kes penculikan bersenjata berlaku di Sabah pagi ini apabila seorang pengurus syarikat diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dekat ladang ternakan ikan berhampiran Pulau Babi, di Lahad Datu.

Penyiasatan awal mendapati, mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dengan pasport bernombor G35101668.

Mangsa adalah pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, Kejadian dilaporkan berlaku antara 2.45 hingga 2.55 pagi ini.

Ketua Pengarah Pusat Arahan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Muhammad Mentek tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana beliau kini berada di luar negara.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 petang ini untuk menjelaskan kes ini.

Ini adalah kejadian penculikan kedua tahun ini selepas kejadian Mac lalu yang melibatkan warganegara China dan Filipina.

Dalam kejadian pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna.

Ia berlaku beberapa bulan selepas warganegara Taiwan Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan bersenjata di pulau Pom Pom.

Dakam kejadian pada November tahun lalu itu, teman Chang, Li Min Hsu, 57, mati selepas ditembak beberapa kali oleh kumpulan bersenjata itu.

Chang dibebaskan Disember lalu selepas sejumlah wang tebusan dibayar untuk membebaskannya.

Apa berlaku kepada Gao dan Marcy sehingga kini tidak diketahui selepas penculiknya membuat tuntutan untuk membebaskan mereka. - The Malaysian Insider


              Warga China Dipercayai Diculik Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu

[mstar]- Seorang warga China dipercayai diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Silam, Lahad Datu, lebih kurang 24 jam selepas sekumpulan lanun merompak nelayan di perairan Tanjung Labian.

Laporan tidak rasmi itu mendakwa bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik warga China yang dikenal pasti sebagai Yang Zailin, yang merupakan seorang pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa.

Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki yang berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Tidak ada yang tercedera dalam kejadian itu dan keempat-empat mereka diselamatkan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan berhampiran kawasan pantai pada kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.

Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna.

Kedua-duanya diculik oeh sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut tebusan di selatan Filipina.

* Sabah Diceroboh Lagi, Lelaki Bersenjata Rifel M-16 Curi Enjin Nelayan Dekat Lahad Datu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.