Cari Blog Ini

[Gambar] Taiping Dilanda Ribut, Seorang Kanak-Kanak Maut Rumah Dihempap Pokok


Ribut: Kanak-kanak maut rumah dihempap pokok
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut apabila rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok besar yang tumbang akibat ribut di Taman Perumahan Awam Kamunting dekat Taiping hari ini.
  
S.Lingiswaran disahkan meninggal dunia pada 4.20 petang dipercayai akibat sesak nafas.
  
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Mohd Taufiq Sattar berkata insiden itu berlaku pada 3.34 petang dan mangsa ditemui di atas katil dalam keadaan dihempap tingkap lima belas minit kemudian.
  
Beliau berkata mangsa berada di rumah berkenaan bersama-sama lima anggota keluarga lain iaitu ibu, dua orang nenek, adik serta ibu saudara manakala bapanya tiada di rumah.
  
"Ketika kejadian, mangsa yang berada dalam bilik tidak sempat menyelamatkan diri manakala anggota keluarganya yang lain sempat keluar dari rumah itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Mohd Taufiq berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bersama 13 anggota dikerah ke tempat kejadian dan pihaknya menerima lima laporan pokok tumbang susulan hujan lebat serta ribut di kawasan Kamunting.

- Bernama

Papan tanda BN dan kontena UMNO Kemunting tumbang dan terbalik dipukul angin ribut

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.