Cari Blog Ini

[Dedah] 78% Rakyat M’sia Pendapatan Kurang RM3 Ribu, Majoriti Melayu


GST: 78% rakyat M’sia pendapatan kurang RM3 ribu, majoriti Melayu
[kd]- Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan, kira-kira 78.6 peratus dari pada penduduk negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan majoritinya terdiri dari orang Melayu dan bumiputera.

Justeru kata Dr Syed dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam, cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang kerajaan untuk dilaksana berkuatkuasa 1 Mei 2015 adalah tidak masuk akal.

“Selain itu 38 peratus daripada pekerja berpendapatan kurang daripada RM860 sebulan. (Gaji) ini dibawah paras garis kemiskinan.

“Sekali lagi, majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera. GST tidak patut dilaksanakan manakala kadar pendapatan masih rendah,” kata Dr Syed Husin dalam perbahasan di Dewan Negara semalam.

Tambah Dr Syed, tindakan kerajaan meluluskan RUU GST dilihat membiarkan golongan berpendapatan rendah ditekan, berikutan kenaikan kos harga barang dan kepeluan.

Dr Syed Hesin berkata, GST tidak wajar dikenakan dalam keadaan masih meluas berlakunya rasuah atau ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.

“Ketirisan teruk berlaku di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit.

“Jumlah kerugian ialah antara 20-30 bilion setahun. Jika ini boleh dikawal, GST tidak perlu, tegasnya.

Dalam pada itu, Dr Syed turut mencadangkan cukai khusus ke atas syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri ‘berdosa’ seperti rokok, minuman keras dan perjudian; cukai ke atas keuntungan besar yang diperolehi secara mendadak (windfall profit tax).

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menyelaraskan jenis cukai lebih progresif dengan mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan yang paling kaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.