Cari Blog Ini

[Bongkar] Fitnah Liwat II : Ada Cubaan Penjarakan Anwar 10 Tahun



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada cubaan untuk memenjarakan beliau selama 10 tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukahri Azlan enam tahun lalu.

Anwar berkata beliau dipujuk pemimpin Islam ketika berada di London baru-baru ini supaya tidak pulang ke Malaysia.

"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.

"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi  saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.

"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup Himpunan 1 Mei di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad petang tadi.

Katanya, beberapa menteri berusaha untuk memenjarakan beliau kerana merasakan cara tersebut boleh menyekat kebangkitan rakyat.

"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut? Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya mendakwa GST dilaksanakan kerana kegagalan kerajaan tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.

"Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini." katanya.

Manakala Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata perhimpunan hari ini berlangsung di hadapan bangunan menempatkan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar pada tahun 1998.

"Kali ini, Datuk Seri Najib Razak mahu ulangi tindakan sama dan hukuman sama. Kita mahu ingatkan kepada Najib, jangan cuba tindas rakyat dan Anwar Ibrahim.

"Jangan sentuh Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia tidak akan benarkan Anwar dipenjara, biarpun sesaat," katanya.

Himpunan 1 Mei dianjurkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat untuk membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

GST dijadualkan akan mula dilaksanakan pada April 2015 dan Rang Undang-Undang untuk melaksanakan cukai tersebut telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.