Cari Blog Ini

Akhbar M'sia Tak Bebas, Kesatuan Eropah Meminta Kerajaan Umno BN Menghentikan Perbuatan Mengugut, Menekan, Menapis Dan Menahan Dengan Sewenang-Wenangnya Terhadap Wartawan




Akhbar M'sia kekal tak bebas

[mk]- Malaysia terus dikategorikan sebagai “tidak bebas” dalam Laporan Kebebasan Akhbar oleh Freedom House untuk tahun 2013.

Negara ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan dalam ranking dunia.

Menurut laporan itu, Malaysia menerima “trend penurunan” ekoran “penipuan pilihan raya berleluasa dan rintangan struktur bagi menghalang pembangkang mengambil alih tampuk kekuasaan”.

Malaysia kini di kedudukan 141 dalam ranking dunia berbanding 146 pada 2012 dan mendapat 64 daripada 100 mata, sama seperti tahun sebelumnya.

Mata lebih kecil menunjukkan menunjukkan lebih bebas manakala mata lebih tinggi pula kurang bebas.

Laporan itu menunjukkan keadaan tidak banyak berubah untuk Malaysia sejak 2005, dengan mata antara 63 hingga 65.

Laporan itu turut mengutip keputusan mahkamah yang tidak membenarkan penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dan “prasangka yang memburuk” terhadap masyarakat lesbia, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).



                   Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

Kesatuan Eropah (EU) menyeru semua kerajaan supaya menghentikan perbuatan mengugut, menekan, menapis dan menahan dengan sewenang-wenangnya terhadap golongan wartawan.
  
Wakil Peringkat Tinggi EU Bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Catherine Ashton berkata kewujudan media yang bersifat terbuka, pelbagai dan bebas adalah antara asas penting bagi pembentukan masyarakat demokratik kerana ia menyumbang ke arah memudahkan pengaliran maklumat serta idea secara bebas dan menjamin ketelusan serta kebertanggungjawaban.
  
"Usaha melindungi wartawan perlu juga meliputi sokongan yang diberi kepada petugas dan pihak lain yang menggunakan media untuk menemui khalayak ramai," kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-21 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.
  
Kenyataan itu menyebut di samping mewujudkan cara baharu untuk meningkatkan kebebasan bersuara, inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga membawa bersamanya cabaran baharu.
  
Sejajar dengan itu, katanya EU dengan tegas menentang sebarang sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap internet dan media baharu lain kerana hak asasi manusia yang wujud secara di luar talian juga perlu dilindungi seperti hak manusia yang terdapat secara dalam talian.
  
"Tidak lama lagi, EU akan mengguna pakai Garis Panduan EU mengenai Kebebasan Bersuara Secara Dalam Talian dan Luar Talian bagi menangani sekatan tidak wajar yang dikenakan terhadap kebebasan bersuara dan meningkatkan kebebasan media serta menyediakan garis panduan yang amat penting bagi para pegawai dan petugas EU di seluruh dunia," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.