Cari Blog Ini

1MDB Sokong Jho Low Jutawan Yang Rapat Dengan Pimpinan BN Bida Hotel London RM5 Bilion ?


Claridges[kd]- Sarawak Report mendedahkan, aktiviti pelaburan Taek Jho Low, jutawan yang rapat dengan pimpinan BN disokong wang dana yang dipinjam daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sarawak Report dalam laporan eksklusifnya 2 Mei lalu meneliti bukti di Mahkamah Tinggi UK menunjukkan bahawa tuntutan Jho Low bercanggah dan dan menimbulkan persoalan serius.

Menurut Sarawak Report, pada Januari 2011, 1MDB mengemukakan surat bagi pemegang ekuiti persendirian Kumpulan Wynton yang berikrar bagi pembelian saham kumpulan hotel Coroin termasuk hotel terkemuka Claridges, The Connaught dan The Berkeley terhadap saingan bidaan Barclay.

Bidaan itu disokong Wynton untuk tawaran muktamad daripada £1.028 bilion (RM5.7billion).

Butiran tawaran Coroin dan penglibatan 1MDB melalui syarikat Jho Low iaitu Wynton Group dalam percubaan pembidaan terperinci dalam penghakiman 158 muka surat bertarikh 10 Ogos 2012 oleh Hakim David Richards di Mahkamah Keadilan Diraja Britain.

Penghakiman memperincikan bagaimana saingan kedua pembida untuk membeli pegangan dalam Coroin Group.

Barclay yang merupakan pemenang dalam bidaan tersebut, namun pemegang saham lain mempersoalkan kaedah mereka, menyebabkan pertikaian undang-undang.

Dalam penghakiman tersebut, Hakim merekodkan bilangan lain-lain tawaran dibuat semasa persaingan pengambilalihan dan salah seorang daripadanya berasal dari Malaysia iaitu Jho Low yang mewakili Wynton Group bersama abangnya.

Hakim menjelaskan bahawa Jho Low mewakili diri dan perusahaannya sebagai suatu entiti yang disokong dana pemerintah Malaysia.

Dokumen penghakiman Britain dimulai dengan menyatakan: “Pelabur yang berpangkalan di Malaysia adalah Jho Low, usahawan dengan sokongan dari dana pemerintah Malaysia, melalui sebuah entiti yang disebut The Wynton Group”.

Sementara itu, untuk mengukuhkan tawarannya, Jho Low menampilkan jaminan-jaminan pihak ketiga termasuk surat bertarikh 15hb Januari 2011 dari 1MDB mengesahkan sokongan tawarannya, seperti direkodkan oleh hakim itu.

Menurut Sarawak Report, bukti ini membenamkan penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low melalui sokongan 1MDB.

1 ulasan:

mansor berkata...

melayu UMNO rupenye barua Tokey Cina kata juara Melayu....tapi jadi kuli Cina...umno umno....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.