Cari Blog Ini

Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army, Polis Digesa Bertindak Serupa Dengan Kes Rosmah


azizah_kafan[kd]- Polis digesa mengambil tindakan segera berhubung penyebaran gambar dan berita fitnah kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’ itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai ‘isteri kedua ketua pembangkang’ dan menggelarkannya sebagai ‘mujahidah bangsat’.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.

“AMKPP mengutuk tindakan pemilik akaun facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” kata Ketuanya, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius fitnah ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

“Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah,” tegas Dr Afif.


Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap

6 April 2014 - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam. - Utusan


Tubuh Blue Wave Army Jawab Fitnah Tentera Siber Pembangkang

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan pada Ahad mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).


"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.