Cari Blog Ini

Umno Tidak Pernah Berbuat Apa-Apa Untuk Menjelaskan Isu Hudud Kepada Masyarakat Selama Ini


Hudud: PAS terkejut kenyataan Muhyiddin

PAS terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Umno mahu berkerjasama dengan PAS untuk memberikan pemahaman tentang hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Muhyiddin itu sekaligus memberi maksud bahawa Umno tidak pernah berbuat apa-apa untuk menjelaskan isu hudud kepada masyarakat selama ini.

"Kita terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang baru nak bagi penjelasan.

"Selepas 50 tahun lebih dah merdeka... maknanya Umno tak buat apa-apa selama ini untuk memberi kefahaman tentang undang-undang Islam," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikin ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu semalam yang berkata mereka ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Jelas Muhyiddin, adalah penting untuk duduk semeja dan berbincang sebelum PAS bertindak membawa Rang Undang-Undang Persendirian Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan ke Parlimen.

Muhyiddin juga memberitahu cadangan itu telah diutarakan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam.

Dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin juga turut membayangkan bahawa Umno sukar untuk menyokong usul yang akan dibawa oleh PAS itu.

"Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna.

"Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara," katanya.

Pada masa yang sama beliau juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak memahami hudud.

- HARAKAHDAILY

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.