Cari Blog Ini

TPPA : Obama Datang Malaysia, Penjajahan Era Baru Amerika


Dengan wujudnya agenda Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini ternyata sukar disambut baik.

Ahli Parlimen Sungai Siput, D. Jeyakumar berkata, Obama seharusnya jelas dengan kesan negatif TPPA kepada negara-negara membangun seperti Malaysia.

Katanya, TPPA bukan sahaja menjerut rakyat di bawah dalam banyak perkara tetapi turut mencabar kedaulatan kuasa sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

“Apa pendirian anda wahai Obama, apa ianya tidak menjelikkan untuk sebuah syarikat mempunyai hak undang undang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah melindungi rakyatnya sendiri.

“Apa anda tidak gusar bahawa peruntukan TPPA memberi kuasa terlalu luas buat syarikat gergasi,” katanya dalam satu surat terbuka kepada Obama.

Obama tiba di Malaysia semalam untuk lawatan tiga hari dan disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Khas Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mengulas lanjut lawatan Obama, Jeyakumar yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PSM turut mempersoalkan niat dan agenda Obama hadir ke Malaysia.

“Pada kemahuan siapa anda datang melawat Malaysia – kemahuan orang negara Amerika kah kerana saya pasti majoriti rakyat negara kamu sendiri mahukan rakyat Malaysia punyai akses terhadap ubatan dan buku teks pelajaran dengan harga berpatutan.

“Rakyat anda wahai Presiden pasti tidak akan bersetuju kepada banyak peruntukan yang terdapat di dalam TPPA dan mungkin ini adalah sebab mengapa rundingan itu hingga hari ini berlaku tanpa pengetahuan rakyat anda sendiri, malahan Ahli Kongres sendiri,” katanya lagi dalam surat itu.

Perjanjian TPPA antara lain menggariskan klausa Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang membolehkan sebuah syarikat mempunyai hak undang undang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah melindungi rakyatnya.

TPPA juga mengandungi klausa Intellectual Property Right (IPR) yang membolehkan kebanyakan syarikat farmaseutikal mematenkan prosedur pembedahan sehingga ke spesis hidupan.

Dengan itu, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan termasuk menghalang pengimportan ubatan generik.

- selangorku


                  TPPA agenda Amerika Syarikat jajah ekonomi Malaysia

Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

Jurucakap bantah TPPA, Azwan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat.

“Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini.

Kita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan harus fikirkan rakyat dahulu sebelum bertindak,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini.

TPPA katanya memberi banyak kesan buruk kepada rakyat termasuk monopoli ke atas ubat-ubatan yang menyebabkan kos rawatan kesihatan menjadi mahal.

“Walaupun perjanjian ini belum ditandatangani tetapi langkah awal perlu dibuat, jangan makan pujuk rayu Obama,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.