Cari Blog Ini

Sembilan Individu Disyaki Militan Malaysia Ditangkap, Kata Ketua Polis Negara



Sembilan individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan di negara ini.

Pengesahan ringkas itu didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan media daripada PDRM, suspek ditangkap di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor dan dipercayai terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan keganasan di dalam dan di luar negara.

Suspek yang ditangkap juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan ganas yang beroperasi di luar negara.

Selain itu, sebahagian individu yang ditangkap ini telah menjalani perjumpaan sulit untuk memantapkan lagi ideologi militan, mengumpul dana dan menjalani latihan ala-ketenteraan sebagai persiapan untuk aktiviti keganasan.

Suspek ditangkap di bawah Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Akta 747.

- astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.