Cari Blog Ini

PM Korea Letak Jawatan Insiden Feri Karam, PM Malaysia ?



[kd]- Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong won meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ekoran tragedi feri karam pada 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata perletakan jawatan tersebut bukti pemimpin negara itu mempunyai budaya kebertanggungjawaban yang tinggi.

Ini berbeza di Malaysia apabila perdana menteri enggan mengambil tanggungjawab jika berlaku kelemahan pentadbiran seperti kegagalan menangani isu kehilangan pesawat MH370.

“PM Korea letak jawatan sebab operasi menyelamat terlalu lemah, itu bermaksud dia sedar kelemahan pentadbiran tetapi di Malaysia insiden MH370 sudah masuk dua bulan tetapi tiada objek pun yang ditemui.

“Pentadbiran kita sebenarnya juga lemah tetapi PM kita masih mahu berkuasa dan tidak ada tanggungjawab.

“Di Korea, perasaan malu dan rasa bertanggungjawab adalah satu nilai maruah yang terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tambah Tian Chua, rakyat Korea mempunyai kebebasan bersuara dan berbeza di Malaysia apabila suara rakyat disekat dan tidak dibenarkan mengkritik kerajaan.

“Saya percaya di Korea akan ada bantahan besar dan mereka akan pastikan kerajaan jatuh jikalau PM mereka tidak bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

“Rakyat kita mahu bersuara tetapi takut kerana ugutan daripada kerajaan, walaupun mereka betul tetapi kalau cuba kritik kerajaan, tindakan akan diambil,” jelasnya.

Sebelum ini, Feri Sewol seberat 6,825 tan dan merupakan feri terbesar karam dalam pelayaran, seramai 476 penumpang dan kebanyakannya pelajar sekolah yang menaiki feri tersebut dari Incheon di barat Seoul ke pulau peranginan Jeju untuk lawatan sekolah.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan mencecah 187 orang dan 115 lagi dilapor masih hilang.

Kesemua 15 kru kanan kapal tersebut didakwa di mahkamah atas tuduhan kecuaian kerana gagal membantu penumpang apabila feri tersebut karam, dua jam selepas membuat panggilan kecemasan.


PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karamPM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam

Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya.

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,"

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat.

"Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita .

Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen.

"Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya.

Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini.

"Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir.

Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)."

Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat.

Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang.

"Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung.

"Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.