Cari Blog Ini

MH370 : TLDM Akan Beli Aset Baru Yang Lebih Mahal Dan Canggih !


TLDM sedia tambah aset SAR
[sinar]- Keupayaan peralatan moden kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 dalam usaha menjejaki pesawat MH370 di Lautan Hindi turut 'membuka mata' pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap keperluan penambahan aset seumpama itu.

Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid berkata, kebolehan alat moden berteknologi tinggi seumpama itu disifatkan penting dalam usaha pencarian MH370 di laut dalam.

Menurutnya, TLDM menyedari keperluan dalam meningkatkan keupayaan peralatan bagi tugas pencarian di lautan berkedalaman lebih jauh.

"Buat masa ini pihak TLDM tidak kurang hebat dari aspek pemilikan pelbagai peralatan moden.

"Namun, kita menyedari masih banyak ruang perlu dilakukan untuk memperkasakan TLDM bagi menghadapi pelbagai cabaran," katanya merujuk kepada usaha mencari pesawat MH370 oleh kapal KD Lekiu bersama kapal tentera laut pelbagai negara.

Beliau mengakui perbelanjaan tinggi diperlukan untuk mendapatkan teknologi maju dan sistem persenjataan terkini.

"Bagaimanapun pihak TLDM berusaha mengoptimumkan segala aset kapal tentera dimiliki," katanya pada Hari Bersama Media anjuran Kementerian Pertahanan dan TLDM, semalam.

Pada program itu, seramai 30 warga media dibawa merasai pengalaman tidur di kapal TUDM KD Hang Tuah, selain peserta dibawa ke bahagian simulator latihan, Galeri Panglima Tentera Laut serta Kapal Selam Scorpene.

Turut sama Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Datuk Pahlawan Sulaiman Mohamad; Panglima Udara TLDM, Laksamana Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad; Panglima Kejuruteraan TLDM, Laksamana Datuk Wan Othman Wan Abd Rahman dan Panglima Pasukan Khas Laut Laksamana Saifudin Kamarudin.

Difahamkan peralatan menyelam dimiliki TUDM hanya membolehkan usaha pencarian di kawasan laut berkedalaman sekitar 100 meter sahaja.                                  

Beliau mengakui liputan dan publisiti media terhadap TLDM berjaya menarik minat golongan belia dan golongan muda menyertai pasukan ini.

"Pihak media ibarat rakan kongsi strategik amat penting dalam menyalur maklumat dan membentuk kepercayaan dan keyakinan terhadap peranan TLDM menjaga integriti perairan negara dan aset strategiknya.

"Apa yang pasti, media tempatan berjaya meningkatkan imej dan reputasi TLDM," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.