Cari Blog Ini

MH370 : Kerajaan Tidak Dedah Pemilik Bateri Dan Manggis !


MH370: Kerajaan patut dedah pemilik bateri dan manggis

Kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) digesa memberi penjelasan berhubung pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis dibawa kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan.

“Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

“Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu,” soal beliau dipetik Harakah Daily.

Mahfuz berkata, kerajaan digesa menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

“Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting.

Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu,” katanya.

Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.

“Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, misi mencari pesawat penerbangan Malaysia MH370 akan diteruskan hari ini untuk hari ke -50 dengan bantuan 8 peswat tentera dan 11 kapal air.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang pencarian visual di kawasan berukuran 57,311 kilometer persegi. Pusat kawasan carian terletak kira-kira 1,584 kilometer ke barat laut Perth.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) turut berkata cuaca di lokasi pencarian dijangka hujan dengan lautan berombak setinggi 2.5 meter dan jarak penglihatan sejauh 1 kilometer dalam keadaan ribut petir dan 3 kilometer dalam keadaan hujan.

Dalam misi ke-13 semalam, Bluefin-21 diangkat kerana perisian perlu di-set semula (resetting), AUV mempunyai peralatan teknikal canggih dan set semula bukan sesuatu yang luar biasa.

Semalam, juruteknik Phoenix dapat menyiapkannya dan misi ke-14 kini diteruskan, Bluefin-21 telah siap kira-kira 95 peratus daripada kawasan carian di dasar laut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.