Cari Blog Ini

MH370 : Boleh Buat Panggilan Telefon Bimbit Di Ketinggian 5,000 Kaki, Kata Seorang Juruterbang


Boleh buat panggilan telefon bimbit
[sinar]- Meskipun sukar, namun kemungkinan untuk membuat panggilan telefon di ketinggian 5,000 kaki tetap ada.

Sumber yang merupakan seorang juruterbang berkata, situasi itu bergantung kepada beberapa faktor seperti ketinggian, lokasi dan kelajuan pesawat.

“Saya tidak pasti pada ketinggian berapa panggilan menggunakan telefon bimbit peribadi masih boleh dibuat.

Namun, pada ketinggian 5,000 kaki kebiasaannya memang sukar.

“Bagaimanapun, kemungkinan tetap ada jika pesawat berada dekat dengan lapangan terbang dan stesen pemancar.

Begitu juga jika pesawat terbang rendah dengan kelajuan minimum, cuma isyarat tidak berapa jelas,” katanya, semalam.

Menurut beliau, sudah menjadi kebiasaan juruterbang dan penumpang diarahkan untuk menutup telefon bimbit kerana boleh mengganggu sistem navigasi pesawat.

Katanya, setiap pesawat ‘wide body’ seperti Boeing 777-200ER biasanya mempunyai sistem telefon satelit yang boleh membuat panggilan ke mana saja.

“Telefon ini terdapat di tempat duduk penumpang dan menggunakan kad untuk diaktifkan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempat melaporkan satu panggilan telefon yang telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5,000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut laporan tersebut, sumber panggilan itu datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid .

Dalam kenyataannya semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada panggilan telefon dari Fariq pada hari itu.

Bagaimanapun, beliau berkata isu itu dalam perhatian polis serta lain-lain agensi antarabangsa berkaitan dan akan didedahkan apabila tiba masanya.

[Panas] MH370 : Fariq Cuba Hubungi Seseorang Sewaktu Pesawat Terbang Rendah ?
* MH370 : Fariq Cuba Hubungi Seseorang Sewaktu Pesawat Terbang Rendah, Di Nafikan Oleh Hishammuddin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.