Cari Blog Ini

Menteri Bidas Zul Noordin Dan Nawawi Ekoran Kenyataan Perlekeh Kematian Karpal Singh


Menteri: Ulasan Zul dan Nawawi 'amat kasar'
[mk]- Ulasan kontroversi MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan bekas calon BN untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin berhubung kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya semalam "amat mengecewakan" dan "amat kasar", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Zulkifli semalam dalam laman mikroblog Twitter berkata kematian Karpal, yang tegas menolak pelaksanaan hudud selama ini akan memberi laluan kepada undang-undang itu dilaksanakan dengan mudah.

Sementara Nawawi pula menerusi laman Facebook beliau menyiarkan gambar dipercayai mayat Karpal bersama keratan berita penolakan Karpal terhadap hudud dengan kenyataan "mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

Nawawi membuat tawaran agar sesiapa yang ingin melangkah mayat Karpal supaya mendaftar nama dengannya - satu kenyataan yang sudah pun ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama media pagi ini, Kurup yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini sangat mengecewakan dan itu sememangnya tidak dapat diterima.

"Saya tidak dapat terima kenyataan demikian dan ia amat menyedihkan apabila ada orang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Joseph lagi, hal-hal kematian dan agama tidak wajar digunakan untuk meraih kepentingan politik.

"Walaupun hendak dapatkan kelebihan politik, jangan dengan peralatkan keadaan sedih ini dan agama.

"Elakkan kata-kata yang akan menyedihkan lagi," katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun berharap agar kenyataan demikian tidak menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi. 



        Pemimpin Umno, Perkasa patut mohon maaf hina jenazah Karpal Singh

Tindakan dua pemimpin UMNO-BN dan Perkasa yang menghina jenazah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh tidak patut berlaku dan amat memalukan.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata tindakan dua individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan.

“Sebagai pemimpin beragama Islam, dua individu ini harus menunjukkan nilai baik Islam yang menghormati permergian seseorang dan bukan membuat kenyataan yang akan mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendesak dua individu itu memohon maaf atas tindakan berkenaan, “Saya juga mendesak UMNO dan Perkasa untuk memberi penjelasan atas tindakan dua individu itu,” katanya.

Sze Han berkata, pemergian Karpal bukan menandakan penamat, tetapi semangat perjuangan beliau akan teruskan.

“Saya berharap keluarga Karpal akan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal adalah tokoh yang gigih memperjuangkan keadilan.

Karpal maut dalam kemalangan dekat Tapah, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Pembantunya, Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan.

Anaknya, Ram Karpal dan pemandu kereta pula dilapor cedera dalam kemalangan yang berlaku berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

selangorku

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.