Cari Blog Ini

Ku Li Tidak Setuju Hudud Dilaksana Di Kelantan !


Pelaksanaan Hudud PAS Kelantan Dibimbangi Wujud Konflik Agama, Kata Ku Li
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam pakatan rakyat.

Katanya keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.

Katanya Perkara 8 Perlembagaan negara adalah rujukan yang jelas kepada rakyat berbilang kaum di negara ini supaya tidak menimbulkan perpecahan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sebelum ini, PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.