Cari Blog Ini

Ketua Wanita PKR Sokong Hudud


Zuraida Kamaruddin[sinar]- Pada masa pemimpin partinya yang lain masih lagi berdolak-dalik mengenai hasrat Pas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin secara berterus terang menyokong cadangan itu.

"Sebagai orang Islam dan individu dalam PKR, saya sokong pelaksanaan hudud," kata Zuraida yang bertanding mempertahankan jawatannya dalam parti pada pemilihan yang sedang berlangsung.

Ditanya untuk mendapatkan kepastian apakah beliau selaku Ahli Parlimen Ampang akan menyokong rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dun negeri itu pada 1993, Zuraida berkata: "Saya akan beri hujah. Kita menyokong dengan kelayakan bahawa kita mesti ada satu penjelasan."

"Ini kerana sebagai orang Islam, kita tidak boleh mengatakan kita tolak hudud," tegasnya lagi.

Zuraida menekankan bahawa Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu kepada masyarakat.

"Saya sudah bawa isu peranan jabatan agama dalam beri penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai hudud sejak 2008 lagi.

Jika ada proses penerangan sejak dulu, saya yakin orang bukan Islam akan faham dan tiada masalah terima hudud.

Masalahnya, kerajaan BN tidak buat apa-apa sejak memerintah,”katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan isu hudud akan merosakkan hubungan Pas dengan rakan PR lain, terutama DAP.

“Pas mahu laksanakan hudud sejak sebelum menyertai PR. Dalam PR, kami (PKR dan DAP) merupakan rakan polisi Pas dari segi politik.

“Dari segi memperjuangkan agama dan hudud, Pas boleh teruskan. Jadi, jangan manipulasi seolah-olah PKR dan DAP tolak (hudud) nak pecahkan kita dengan Pas,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.