Cari Blog Ini

Kenderaan Rasmi Barack Obama, Presiden United States


Kenderaan Rasmi Presiden United States
Kenderaan rasmi Barack Obama, Cadillac One seperti sebuah kereta kebal, Ianya lebih dikenali sebagai "The Beast" :-

* Membawa bekalan oksigen dan kelengkapan pemadam api

* Bekalan darah daripada jenis darah presiden

* Di bahagian hadapan, mempunyai Kanta penglihatan malam dan meriam gas pemedih mata

* Badan kereta diperbuat daripada keluli, aluminium, titanium, dan seramik yang menjadikan sebuah kubu yang bergerak

* Mempunyai "Remington shotgun" jika berlaku sebarang kecemasan

* Pintu adalah seperti berat pintu kabin 757, dengan 8 inci tebal

* Tangki bahan api dimeteraikan dengan buih, ia tidak akan meletup, walaupun dipukul secara langsung

* Tayar tahan tusukan

Sumber : Business Insider


                      Kalis peluru dan bekalan darah antara ciri The Beast

Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.

Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.

The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.

stro awani
 
                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.