Cari Blog Ini

Hudud : Mahathir Kata Lama-Lama Orang Islam Takdok Tangan, Ini Pencerahan Buat Mahathir


Bukan potong tangan semata-mata
[sinar]- Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya.

“Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan.

Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan.

“Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur,” katanya, semalam.

Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu.

“Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang melakukan jenayah, itu adalah orang yang paling jahat.

“Sekiranya seseorang didakwa melakukan jenayah tetapi tiada pembuktian yang kukuh, hukuman yang boleh dikenakan adalah hukuman takzir seperti hukuman yang mahkamah laksanakan sekarang.

Jadi tidak perlu potong tangan,” katanya. Bagaimanapun, katanya pelaksanaan hukum hudud memerlukan kesepakatan dan kuasa dua pertiga Ahli Parlimen bagi meluluskan pelaksanaannya.

“Ahli Parlimen yang beragama Islam saya yakin lebih dua pertiga merentasi parti politik. Pelaksanaannya nanti akan memerlukan ilmu agama dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang,” katanya.


                               Hukuman didik pesalah, bela pihak dizalimi

[sinar]- Hukuman hudud bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya untuk mendidik pesalah, membela yang dizalimi dan memberi pengajaran kepada masyarakat, kata Pengerusi Majlis Ulama ISMA, Prof Madya Dr Aznan Hasan.

“Masyarakat perlu memahami konsep pelaksanaan hudud. Dalam hukum hudud, tertuduh dibenarkan membela diri dengan alasan dan hujah tertentu.

“Contohnya mungkin tertuduh jahil, mungkin dia keliru, mungkin dia melakukan kesalahan kerana keadaan darurat dan banyak lagi," katanya, semalam

Menurutnya, hukuman hudud tidak dijatuhkan secara terburu-buru, sebaliknya melibatkan banyak proses bagi membuktikan tertuduh bersalah dan jika tiada asas kukuh, hukuman hudud tidak akan dilaksanakan.

“Jadi tidak timbul hukum hudud ini dikatakan sebagai satu bentuk hukuman kepada pesalah.     

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, hudud bukan bermotifkan menghukum pesalah sebaliknya menjauhkan manusia melakukan sesuatu jenayah.

Menurutnya, hukuman hudud perlu dilaksanakan memandangkan masyarakat kini semakin diancam pelbagai cabaran berikutan tidak melaksanakan hukum Islam dan hanya berlandaskan kepada undang-undang manusia.

“Saya amat mengharapkan agar semua orang Islam menyokong dan perlu duduk semeja menentukan apa yang dilaksanakan itu mengikut syariat Islam yg sebenar.

“Hukum hudud ini adalah untuk kebaikan masa panjang kerana banyak hikmah yang bakal diperoleh dengan pelaksanaan hudud.

Katanya lagi, masyarakat perlu perlu bersama-sama memperjuangkan pelaksanaan hukuman hudud sebagai semangat mengagungkan Islam sebagai agama persekutuan selain memperoleh keberkatan melalui pelaksanaan undang-undang Islam.

                         

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.