Cari Blog Ini

Hudud : Jangan Perkecil Langkah PAS, Kata Anwar



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak harus menghormati hasrat Kerajaan Kelantan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian ke Parlimen bagi membolahkan Kanun Jenayah Syariah 1993 Kelantan dilaksanakan.

“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah PAS berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu.

“Perbezaan pendapat patut ditangani dengan saling hormat menghormati,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini .

Mengulas perbezaan pandangan pemimpin DAP dalam isu itu, Anwar berkata seharusnya masing-masing saling menghormati kerana enakmen undang-undang Islam itu termasuk di Terengganu wujud sebelum terbentuknya kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

PAS dan PKR katanya menghormati pandangan DAP, dalam masa sama DAP juga harus menghormati pendirian PAS yang konsisten dalam perkara itu.

Bagaimanapun kata beliau, PAS perlu membawa isu itu ke Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membentangkan RUU seperti yang dicadangkan itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.