Cari Blog Ini

Harga Daging Lembu Dijangka Naik !


Datuk Yussof Ismail (tengah) meninjau gerai menjual daging di pasar besar Alor Setar
Kerajaan Disaran Import Lembu Hidup Bagi Atasi Masalah Kenaikan Harga Daging

Kerajaan disaran mengimport lembu hidup dari negara luar bagi mengatasi masalah kenaikan harga haiwan itu serta dagingnya yang dijangka berlaku Jun dan menjadi kritikal menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri Julai nanti.

Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Datuk Yusuff Ismail berkata sehubungan itu kerajaan perlu mengambil inisiatif mengimport lembu hidup untuk dijadikan sebagai bekalan.

"Kita import lembu hidup dan kemudiaan letakkan di kawasan ladang ragut yang ada untuk dijadikan bekalan...ini sebagai langkah berjaga-jaga dan sekiranya krisis benar-benar berlaku kita tidak akan terputus bekalan.

"Krisis bekalan di jangka ekoran kekurangan bekalan lembu import dari Australia dan kenaikan harga lembu Thailand.... dan bagi menanganinya kerajaan perlu memilih negara baharu untuk mendapatkan bekalan seperti New Zealand dan Brazil," katanya kepada pemberita di sini

Yusuff berkata lembu yang diimport diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dijaga memandangkan mereka mempunyai kepakaran untuk menjalankan tanggungjawab itu.

Beliau berkata pengguna akan dibebankan dengan kenaikan harga yang tinggi bagi daging lembu yang sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah segera menanganinya.

"Kalau nak cakap harga naik mendadak, sekarang pun harga seekor lembu dalam lingkungan RM3,000 hingga RM4,000, manakala harga daging import dijual pada RM26 dan RM28 sekilogram. Paling tinggi harga daging dijual pada RM29 sekilogram.

"Saya dapati harga lembu dan daging dijual pada harga berbeza di setiap daerah dan ini mungkin kerana ia melibatkan logistik.

Tapi harga yang dijual masih dalam harga kawalan kerana bekalan lembu sentiasa ada," katanya.

- Bernama

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.