Cari Blog Ini

[Gempar] Lagi Penemuan Mayat Dibungkus Seperti Pocong Dan Di Tinggalkan Di Tepi Jalan !




[14 Apr 2014]- Sebelum ini pada 26 Feb 2014 peristiwa sama juga pernah berlaku di kawasan Bukit Minyak, Bukit Mertajam Seberang Perai Pulau Pinang.

Mayat yang lengkap dibungkus dengan selimat putih seakan-akan telah dikafankan ditinggalkan di tepi jalan.

Pagi ini sekali lagi penduduk tempatan dan pengguna jalan raya yang melalui salah sebuah jalan juga di Bukit Minyak Seberang Perai telah digemparkan dekat penemuan mayat yang lengkap dibungkus dan ditinggalkan dibahu jalan.

Mayat berbungkus ini ditemui di lorong 4, kawasan perindustrian Bukit Minyak Pulau Pinang. Kes ini dilihat hampir serupa dengan kes terdahulu.

Polis tiba ditempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh penduduk mengenai penemuan tergempar mayat ini.



[Gempar] Jenazah Lengkap Dikafan Ditemui Ditepi Jalan
[26 Feb 2014]- Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih.

Kita percaya mungkin lelaki itu baharu mati," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat, mayat kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

- Bernama 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.