Cari Blog Ini

[Gambar & Video] Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa



Sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah taman perumahan di Pengkalan Chepa, Kelantan tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di Taman Kurnia Jaya itu apabila pesawat latihan jenis Piper PA-28-161 milik Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd itu sedang membuat penerbangan latihan di ruang udara Pengkalan Chepa sebelum mengalami masalah enjin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, bomba menerima panggilan jam 12.43 tengah hari dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa telah dikerah ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Mangsa, seorang juruterbang telah mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. - astro awani


                         

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.