Cari Blog Ini

Fitnah Wan Azizah, Mana Tindakan Polis Dan SKMM ?


azizah_kafanPolis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa untuk mengambil tindakan segera menangani gejala fitnah di laman media sosial yang semakin berleluasa, tanpa sebarang diskriminasi parti politik.

Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata, jika perbuatan menggunakan medium media sosial ini tidak ditangani segera dkhuatiri gejala ini merosakkan demokrasi yang ada.

Katanya, fitnah terbaru membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga adalah sangat melampau dan memerlukan tindakan undang-undang pihak berkuasa.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya sepertimana mereka bertindak jika membabitkan parti pemerintah.

“Diharap SKMM dapat mengambil tindakan segera, bukan dalam kes ini (Wan Azizah) sahaja, tetapi semua tidak kira siapa kerana ini perbuatan salah,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, sekeping gambar tersebar di facebook ‘Blue Wave Army’ memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Pada awal bulan ini, seorang pemilik akaun Facebook, Syed Saifullah 25, ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar itu.

Beliau dilaporkan menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan dikatakan milik Rosmah.

* Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army, Polis Digesa Bertindak Serupa Dengan Kes Rosmah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.